Rabu, 5 September 2018

ASSALAMUALAIKUM

September 05, 2018 0 Comments




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
APA KHABAR KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG TERUTAMANYA ANAK-ANAK PELAJAR YANG DIKASIHI.....SEMOGA APA YANG DIBERIKAN AKAN MENJADI MANFAAT KEPADA SEMUA...INSYA-ALLAH


BLOG INI MENYEDIAKAN TUTORIAL PEMBELAJARAN TENTANG TAYAMUM

SEMOGA ILMU YANG DICURAHKAN INI MENJADI MANFAAT 
JOM BELAJAR BERSAMA USTAZAH!!!

Rabu, 15 Ogos 2018

6 WAKTU PALING MUSTAJAB BERDOA

Ogos 15, 2018 0 Comments
6 waktu paling mustajab untuk berdoa

Berdoa pada waktu-waktu mustajab adalah cara kita sebagai umat islam berusaha untuk mendapatkan keredhaan serta kejayaan dunia dan akhirat dari Ilahi. Di samping itu jangan lupa juga berdoa kepada Allah pada setiap masa, tanpa hanya menunggu waktu-waktu yang disebutkan di atas ini kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihi setiap hambaNya.

1. WAKTU ANTARA AZAN DAN IQAMAH

Semasa azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak”(Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).

2. SEMASA HUJAN TURUN

Apabila hujan turun membasahi bumi bukan sahaja dapat menyirami tumbuhan dan menyejukkan bumi yang kering. Waktu ini juga Allah cipta untuk hambaNya berdoa supaya dapat dikabulkan.
Rasulullah s.a.w bersabda “Doa tidak tertolak pada 2 waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun.” (Hadis Riwayat Al Hakim)

3. 2 WAKTU PADA HARI JUMAAT

Hari Jumaat adalah hari yang istimewa di sisi Allah.
Rasulullah SAW pernah membicarakan tentang hari Jumaat dalam sebuah hadis sahih di mana Baginda bersabda:
“Hari Jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (dimakbulkan), maka carilah ia di hujung waktu selepas Asar.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Selain itu, satu lagi waktu yang patut dianggap mustajab oleh para ulama’ adalah ketika waktu imam duduk di mimbar sehingga solat Jumaat selesai.
Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya bahawa Abdullah bin Umar RA berkata : Adakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah SAW melakukan solat Jumaat? Lalu Abu Burdah menjawab, “Ya” aku pernah mendengar ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Masa yang paling mustajab itu ialah ketika bermulanya duduk imam di atas mimbar sehinggalah selesai solat Jumaat”.(Hadis Riwayat Muslim)

 

4. SEPERTIGA MALAM TERAKHIR

Apabila sepertiga terakhir malam, Allah memberkati hamba-hambanya dengan turun ke langit dunia dan mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka.
Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah SAW bersabda,
Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

5. HARI ARAFAH PADA MUSIM HAJI

Sesiapa yang sampai ke sini sememangnya bertuahlah kerana berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah Al Mukarramah lebih-lebih lagi pada musim haji.
Sabda Rasulullah  SAW “Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).

 

6. KETIKA WAKTU SAHUR DAN BERBUKA PUASA

Disamping waktu terakhir sepertiga malam, waktu sahur juga tergolong dalam waktu mustajab itu. Oleh itu banyakkan berdoa dan berzikir sambil bersahur sehingga masuknya waktu solat fardhu Subuh. Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu lagi waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
Semoga amalan kita yang berterusan dapat diterima di sisi Allah dan dapat mempersiapkan diri kembali bertemu denganNya dengan timbangan amal yang cukup. Semoga kita semua tidak berputus asa untuk berdoa kepada Allah.

ADAB-ADAB DALAM BERDOA

Ogos 15, 2018 0 Comments

1. Berdoa dalam keadaan diri masih berwuduk serta bersih dari sebarang kotoran, hadas dan najis.

2. Memulakan doa dengan membaca 'Bismillah' dan ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Nabi Muhammad.

3. Mengadap ke Kiblat.

4. Memohon ampun dengan merendahkan diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan sebelum berdoa.

5. Berdoa dan memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta memahami segala isi kandungan dan maksud doa.

6. Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan ikhlas serta merendahkan diri.

7. Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk mereka-mereka yang lain.

8. Berdoa dan mengulangi bacaan doanya sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.

9. Menghindari diri dari sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan, minuman, pakaian ataupun pekerjaan.

10. Berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat secara seluruhnya untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.


SEBAB MENGAPA DOA DITOLAK

Ogos 15, 2018 0 Comments


Mengapakah doa-doa kita tidak memberi sebarang kesan dan dimakbulkan. Di manakah silapnya? Padahal kita telah berdoa dan meminta setiap hari. Sesungguhnya yakin dan percayalah bahawa Allah SWT telah berjanji tidak akan membiarkan dan menghampakan hamba-Nya yang memohon sesuatu dengan sepenuh hati kepada-Nya; Sebagaimana firman-Nya;

 وَقَالَ رَ‌بُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Daku perkenankan permohonanmu itu.”  
(Mu’min: 60)
.
Namun begitu seorang ahli sufi yang sangat masyhur bernama Ibrahim Adham pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah di Iraq. “Mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah SWT pada hal kami selalu berdoa?”

Ibrahim Adham menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah buta (mati).”
Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”.
Beliau menjawab, “Ada sepuluh perkara, iaitu:

  1. Kamu mengetahui hak Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
  2. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak berusaha beramal dengannya.
  3. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah  ﷺ tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  4. Kamu mengecapi nikmat Allah SWT tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
  5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. Kamu mengaku adanya syurga tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak menghindari darinya.
  8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  9. Kamu sibuk mencari dan memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
  10. Kamu kebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Follow Us @soratemplates