Rabu, 15 Ogos 2018

LATIHAN

Ogos 15, 2018 0 Comments




SOALAN 1.
Salah satu syarat-syarat tayyamum ialah: 
A   Masih berwuduk.
B   Mempunyai kesihatan yang baik.
C   Dalam keadaan sakit.
D   Air paip berkarat.

SOALAN 2.
 Apakah rukun tayyamum?
A   Niat, menyapu muka dan kedua tangan,   tertib.
B   Membaca bismillah, menipiskan debu,   membaca doa selepas wuduk.
C   Menepuk kedua- dua tangan, menyapu   dahi, tertib.
D   Menyapu debu ke muka, niat dan tertib

SOALAN 3.
  Perkara yang membatalkan tayyamum ialah:
A    Makan
B    Tersentuh tangan adik lelaki / perempuan
C   Tidur yang tidak tetap tempat dan   kedudukannya
D   Bersendawa

SOALAN 4
Menipiskan debu tanah pada kedua-dua tapak tangan merupakansalah satu daripada
A    Perkara yang membatalkan tayyamum
B    Rukun tayyamum
C    Sunat tayyamum
D    Syarat tayyamum

SOALAN 5. 
Tayyamum akan terbatal jika terdapat sumber-sumber air mutlakkecuali :-
A    Air hujan
B    Air mata air
C    Air tanah
D    Air embun 


SOALAN 6

Rumah Ahmad telah mengalami keputusan bekalan air sejak seminggu lalu. Air yang disimpan hanya cukup untuk keperluan asas seperti minum dan memasak. Adakah Ahmad di haruskan bertayammum?

A.    YA     
B.    TIDAK

SOALAN 7

Apakah maksud tayammum?

A    Menepuk debu pada tangan
B    Menepuk dahi
C    Menyucikan kaki
D    Menyapu muka dan kedua tangan hingga ke siku menggunakan debu suci.

SOALAN 8

Qushairi sedang bermusafir dan dia bertayammum bagi menunaikan solat Asar. Selepas selesai menunaikan solat, dia bertemu dengan sebuah perigi. Adakah sah solat Qushairi?

A    YA
B    TIDAK

DOA-DOA

Ogos 15, 2018 0 Comments

KENAPA PERLU BERDOA?


Walaupun tujuan utama berdoa adalah mendekatkan diri kepada Allah. memang tidak dinafikan, manfaat doa begitu besar dalam kehidupan manusia.
Dengan doa, pelbagai jenis emosi dapat dikembalikan. Dengan doa, ada harapan yang terbentang. Doa juga menjadi penyejuk pada saat menghadapi musibah.  Dengan doa, kita punya keazaman untuk memperbaiki diri.
Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi”.
(Hadis Riwayat Hakim)
Dari Hadis di atas, ternyata doa adalah salah satu keistimewaan seorang Muslim yang Allah anugerahkan.
Perbuatan berdoa bukan sahaja memberi kekuatan, tetapi juga harapan dan tempat mencurahkan segala isi hati kepada Tuhan Yang Maha Mendengar dalam setiap keadaan. Seseungguhnya doa juga adalah tempat kembalinya manusia setelah seharian melakukan usaha (ikhtiar)
DOA SELEPAS SOLAT FARDHU BESERTA MAKSUDNYA


1.PEMBUKAAN DOA


2. SELAWAT KE ATAS NABI

3. ISI DOA

4. PENUTUP DOA






Selasa, 14 Ogos 2018

TAYAMUM

Ogos 14, 2018 0 Comments



*TAKRIF TAYAMUM 

Tayamum ialah menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua belah tangan dengan niat dan syarat- syarat tertentu. 








  *SEBAB-SEBAB TAYAMUM

             - Ketiadaan air

            - Keuzuran

            - Air diperlukan untuk keperluan yang lebih penting

             -Penggunaan air boleh membahayakan kesihatan                  
                 dan mengancam nyawa


*SYARAT TAYAMUM


1- Dilakukan selepas masuk waktu.



Tayamum hendaklah dilakukan setelah masuk waktu solat kerana tayamum itu darurat. Firman Allah SWT:

 وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً  فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ 

Maksudnya: Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air(untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan debu tanah yang suci iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua-dua belah tangan kamu.

                                                                                                       ( Surah an-Nisa' 4:43)


2- Mengetahui arah kiblat yang sebenar sebelum bertayamum










3. Menggunakan debu tanah yang suci

Para ulama fiqh telah bersepakat bahawa tidak dibenarkan bertayammum melainkan dengan debu yang suci kerana debu yang bernajis tidak dapat mensucikan sesuatu yang lain.











4- Mencari air setelah masuk waktu   
  5- Hilang najis pada badan









*ANGGOTA TAYAMUM

Anggota Tayammum:

1. Muka



 2. Dua belah tangan hingga siku.




*RUKUN TAYAMUM


1. Niat


Diwajibkan berniat terlebih dahulu, kerana ia termasuk daripada rukun.



2. Debu yang suci

Berpandukan firman Allah SWT:

“…. Maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik ( suci ).”

( Surah an-Nisa’: 43 )


3. Tepukan pertama ke atas debu yang suci




Manakala tepukan yang kedua, mengikut imam Malik dan jumhur ulama fiqh hukumnya adalah sunat. Manakala menurut Imam Syafi’i hukumnya adalah fardhu, berpandukan kepada hadis Ibn ‘Umar ( r.a ), bahawa Nabi SAW bersabda:

“ Tayammum itu ( dilakukan ) dengan dua kali tepuk ( keatas tanah ). Satu tepukan untuk muka dan satu tepukan lagi untuk kedua tangan hingga ke siku.” 


4. Menyapu wajah dan dua tangan


Didalam mazhab syafi’i tatacara bertayammum adalah berpandukan kepada hadis Ibnu ‘Umar yang diriwayatkan oleh ad-Daruqutni iaitu menyapu wajah dan tangan hingga ke siku.


5. Muwalat ( berturut-turut )

Mengikut Imam Malik, berturut-turut dalam bertayammum termasuk rukun, sama ada bertayammum kerana hadas kecil ataupun besar, sebagaimana yang dijelaskan dalam masalah wuduk dan mandi. Manakala mengikut mazhab Hanbali berturut-turut hanya termasuk rukun pada hadas kecil kerana berturut-turut ketika mandi tidaklah wajib.


6. Tertib

Mengikut Imam Syafi’i, tertib termasuk salah satu rukun tayammum, hal ini diqiyaskan dengan pelaksanaan wuduk.


*NIAT TAYAMUM



Follow Us @soratemplates